*sekadar hiasan*
- Semasa proses mengenali lelaki dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya untuk menggoda seseorang lelaki
- Selalunya perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat-sangat pandai berkata-kata. Selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan meminta apa-apa. Tetapi lama kelamaan sampai botak si lelaki untuk memenuhi permintaannya.
- Agak seksi dan menggoda untuk memudahkan lelaki cair
- Berperwatakan seperti mewah untuk meyakinkan lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk senang.
- Selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau diperlakukan sesuatu oleh lelaki sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.
- Apabila sudah agak lama berkawan dia akan mula meminta macam-macam. Selalunya permintaannya akan bermula sedikit demi sedikit. Contohnya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. Kemudian dia akan meminta lebih lagi.
- Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak mengira status seorang lelaki sama ada berkahwin atau bujang asalkan banyak harta dan wang.
- Mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa sebarang sekatan. Baginya asalkan tempat yang hendak dituju boleh memberi manfaat padanya contohnya membeli belah.
- Selalunya tidak akan menceritakan latar belakang keluarganya. Jika ditanya selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan berkawan anda masih tidak tahu asal usulnya.
- Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki tersebut untuk tinggalkannya.
Advice : Awas lelaki. Cari yang betul-betul cintakan anda dan bukannya harta yang anda miliki.
No comments:
Post a Comment